Latihan Menangkap & Membaling

Latihan menghantar dan menangkap

Oleh sebab gerakan menghantar dan menangkap dianggap sebagai satu kemahiran, maka latihan untuk kedua-dua gerakan ini adalah wajar diadakan berasama. Setiap pemain harus diberi kesempatan memegang bola atau cuba bermain dengan bola di peringkat awal khusunya untuk sesi latihan. Bola plastik yang saiznya hampir sama dengan bola sebenar boleh digunakan untuk tujuan ini.

Latihan dalam kedudukan duduk

Kaedah ini untuk mengembangkan teknik yang betul adalah dengan kedudukan duduk, iaitu kaki direngggangkan ke depan, dan pelatih berhadapan antara satu sama lain atau mengahadap dinding pada jarak 2 meter. Tangan diangkat lurus dan tubuh ditolak ke belakang. Bola dipegang menggunakan tapak tangan, dan dihantar kearah dinding atau kepada rakan menggunakan lengan depan, jari serta pergelangan tangan. Teknik dan kekuatan ditingkatkan dengan menjauhkan jarak.

Latihan dalam kedudukan berdiri dan berlari

1) Dua orang pemain menggunakan sebiji bola setiap seorang dalam kedudukan berdepan dengan dinding.
a) Jarak antara kedua-dua pemain dengan dinding ialah 3 meter.
b) Hantaran dan tangkapan bola dilakukan anatar kedua-dua pemain dengan membuat lontaran ke dinding.
c) Pelbagai jenis hantaran dilakukan oleh kedua-dua pemain.

2) Dua pemain menggunakan satu bola.
a) Hantaran dan tangkapan mudah bola di buat secara berpasangan dengan menggunakan pelbagai jenis hantaran dan tangkapan.
b) Pemain menghantar bola tanpa henti antara satu sama lalin dalam kedudukan berjalan, seterusnya diikuti kedudukan berlari dengan cara bergerak ke depan dan ke belakang.
c) Pemain melakukan hantaran atas bahu, hantaran jauh dan hantaran lantun.

3) Tiga pemain menggunakan satu bola.
a) Pemain yang berdiri dalam bentuk segi tiga melakukan hantaran biasa sesama sendiri.
b) Hantaran dipelbagaikan dengan kelajuan dan arah yang berlainan.
c) Tiga kon atau halangan diletakkan dalam bentuk segi tiga. Permainan berlari mengelilingi kon tersebut sambil membuat hantaran. Ulangi beberapa kali dengan mengubah arah dan kelajuan.

4) Hantaran berkumpulan dalam barisan. Pemain dibahagikan kepada dua kumpulan dengan enam orang berada dalam satu kumpulan. Mereka berbaris dengan berhadapan antara satu sama lain pada jarak 5 hingga 10 meter.

5) Hantaran zigzag dalam barisan. Pemain disusun berjarak 5 meter antara satu sama lain dalam dua barisan yang juga berjarak 5 meter antara 2 baris.

6) Hantaran dalam barisan.
a) Hantaran dibuat dari kiri ke kanan dengan menggunakan hantaran sisi.
b) Hantaran dibuat dari kanan ke kiri dengan menggunakan hantaran dada.
c) Pemain melakukan hantaran menggunakan beberapa jenis hantaran lain.

7) Hantaran dalam bulatan.
a) Pemain membentuk bulatan.
b) Pemain menghantar dan menangkap bola dari pelbagai jenis arah, jenis dan kelajuan.