Latihan Menjaring

Antara latihan-latihan yang perlu dilakukan oleh setiap pemain dalam kemahiran menjaringkan gol ialah:

I. Latihan bergerak. Tanpa menggunakan bola, pemain hendaklah nergerak 3 langkah ke depan. Kemudian, bergerak lagi untuk membuat lompatan. Bagi pemain tangan kanan atau kaki kiri, bermula dari kaki kanan sebanyak dua kali dan diakhiri dengan kaki kiri. Bagi pemain tangan kiri pula, mereka hendaklah mula bergerak dengan kaki kanan, kiri dan kanan serta bertindak untuk membuat jaringan dengan pergerakan kaki kiri, kiri dan kanan. Latihan boleh dilakukan secara perseorangan ataupun bersama-sama rakan.

II. Membaling bola ke sasaran melalui gelung rotanPemain berlatih membaling bola menggunakan sebelah tangan ke sasaran. Pemain boleh membuat balingan berlari ke barisan belakang. Aktiviti dilakukan dalam kumpulan kecil pada jarak 2, 3, 4 m secara statik.

III. Membaling bola ke sasaran (jatuhkan skital). Pemain membaling bola dengan sebelah tangan ke sasaran. Pemain yang telah membuat balingan berlari ke barisan belakang.

IV. Menjaring dari arah hadapan, sisi kiri, dan sisi kanan pintu gol dalam kedudukan statik. A menghantar bola ke B dan B membaling bola ke pintu gol dengan sebelah tangan. Ulang aktiviti yang sama dan tukar kedudukan.

V. Menjaring dari arah hadapan pintu gol. A menghantar bola ke B dan B menggelecek bola sambil berlari dan berjalan seterusnya.

VI. Aktiviti menjaraing dari pelbagai arah/penjuru dilakuakan dalam kumpulan kecil. Pelajar yang telah menjaring berlari ke barisan belakang. Ulang aktiviti yang sama dan tukar kedudukan.

VII. Aktiviti menjaring cara lompatan dalam kumpulan kecil dari arah tengah/hadapan. B berlari ke hadapan dan melompat menyambut boal tinggi yang dihantar oleh A dan seterusnya membaling bole ke arah pintu gol.

VIII. Aktiviti menjaring cara lompatan dalam kumpulan kecil dari arah sisi kiri/ kanan. B berlari ke sisi kiri dan melompat menyambut bola tinggi yang dihantar oleh A dan seterusnya membaling bola ke arah pintu gol.