Latihan Menggelecek

Ada beberapa jenis latihan menggelecek yang boleh dilaksanakan dalam memahirkan diri dalam kemahiran ini:

Mengelecek melepasi halangan

Pemain akan membentuk barisan terdiri daripada antara 3 hingga 5 orang yang berada pada kedudukan berbaris, didepan mereka diletak beberapa halangan. Pemain pertama A menggelecek bola melalui tanda-tanda di hadapan mereka. Apabila sampai ke tanda akhir, dengan cepat pemain A berpusing lalu menghantar bola kepada pemain B, sambil membentuk barisan baru di hadapan halangan awal. Pemain B akan melakukan kemahiran mengelecek seperti yang dilakukan pemain A, dan begitulah seterusnya.

Latihan menggelecek mengelilingi penanda

Pemain membentuk dua barisan terdiri daripada antara 4 hingga 5 orang dan menempatkan barisan mereka seperti dalam rajah. Di bahagian tengahnya terdapat pelbagai penanda. Pemain A akan menggelecek bola mengelilingi penanda sebelum menghantar kepada pemain B, dan pemain A mengambil tempat dalam barisan pertama. Pemain B mengggelecek lalu menghantar bola kepada pemain C, kemudian mengmbil tempat dalam barisan kedua. Latihan diteruskan dengan pergerakan menggelecek oleh pemain-pemain lain.

Latihan menggelecek berhalangan

Pemain membentuk dua barisan terdiri daripada tiga orang setiap barisan. Pemain A mengelecek bola lalu memberikannya kepada pemain B yang berada di bahagian sisi berisan. Pemain B menghantar balik bola kepada pemain A (A 1), yang menyambung menggelecek untuk dihantar kepada pemain C. pemain C akan menghantar kembali bola kepada pemain A (A 2). Pemain ini kemudian menggelecek dan memberi bola kepada pemain D. Pemain D akan mengulangi menggelecek seperti yang dilakukan oleh pemain A dari barisannya.

Latihan menggelecek dalam kedudukan berlari

Pemain membentuk dua barisan. Pemain A menghantar bola kepada pemain B, selepas itu pemain A bergerak ke hadapan. Pemain B menerima bola lalu membuat hantaran kepada pemain A bergerak ke hadapan. Pemain B menerima bola lalu membuat hantaran kepada pemain A kembali. Dalam kedudukan berlari pemain A menerima bola itu lalu menggelecek bola itu hingga ke garisan penamat dengan laju. Sementara itu, pemain B akan berlari laju ke garisan penamat dan cuba memotong dan merampas bola sebelum pemain A tiba.