Mengenai Kelab

                    

                   Lencana Sekolah                       Logo Kelab Bola Baling SK Likas

Kelab Bola Baling merupakan salah satu kelab yang disenaraikan dalam aktiviti ko-kurikulum Sekolah Kebangsaan Likas, Kota Kinabalu. Ia dibuka kepada murid Tahun 3 hingga Tahun 6. Perjumpaan wajib kelab ialah setiap Rabu selang dua minggu sekali mulai jam 12.30 hingga 1.30 petang. Perjumpaan yang lain adalah bergantung kepada perubahan masa dan atas budi bicara tenaga pengajar kelab.

Pada tahun ini (2011), pasukan projek bola baling telah mula diwujudkan. Pasukan projek ini adalah pasukan yang dilatih secara intensif untuk menyediakan pasukan mewakili sekolah ke pertandingan anjuran MSSM ataupun pertandingan terbuka.

Pasukan projek pertama yang telah dibentuk ialah satu pasukan bola baling perempuan bawah 12 tahun (seramai 12 orang). Pasukan ini merupakan pioneer kepada pasukan-pasukan projek yang akan dibentuk kelak. Pasukan projek yang dibentuk akan dinamakan sebagai “Likas Team Handball” dan pemilihan ahlinya adalah terbuka kepada semua murid yang berpotensi dalam permainan ini.

Dalam perancangan pasukan projek 2012, dijangkakan 1 pasukan lelaki dan 1 pasukan perempuan akan dibentuk dan jumlah murid yang akan dipilih ialah seramai 28 orang. Diharap pasukan yang dibentuk ini akan membawa cabaran yang lebih hebat didalam pertandingan yang akan datang.