Pertandingan Peringkat Zon

           

24-25 Mac 2011 – SK Likas telah menghantar satu pasukan bola baling ke pertandingan anjuran MSSM Peringkat Zon Bawah 12 tahun. Ini adalah pasukan pertama sekolah yang dibentuk khas untuk mewakili sekolah dan ini juga adalah ujian pertama untuk menguji kemampuan pasukan ini. Walaubagaimanapun, nasib belum lagi menyebelahi pasukan dan tewas didalam acara kali ini. Namun ia bukanlah dianggap sebagai satu kegagalan tapi ia merupakan satu titik permulaan untuk membaiki kekurangan yang masih banyak terdapat dalam pasukan ini. Banyak perkara yang telah dipelajari hasil daripada perlawanan yang lalu dan ia akan dijadikan panduan untuk memantapkan lagi pasukan ini. Kami telah meletakkan sasaran bahawa pasukan sekolah akan menghasilkan pasukan yang terbaik menjelang 2012 nanti.

Advertisements
Posted in Uncategorized | Leave a comment

Goal Post baru!

Kelab Bola Baling sekolah telah menerima satu set tiang gol baharu pada 22 Mac 2011 yang lalu. Walau hanya sempat digunakan untuk 2 hari latihan sebelum ke pertandingan bola baling peringkat zon likas, kelab ini bersyukur dan berterima kasih kepada pihak sekolah yang prihatin terhadap keperluan kelab ini demi memajukan lagi sukan ini di masa-masa akan datang. Diharap sokongan yang berterusan ini dapat menyuntik semangat semua tenaga pengajar Kelab Bola Baling sekolah untuk terus berusaha memaju dan memantapkan sukan ini serta dapat menyediakan prasarana yang sempurna demi kebaikan murid-murid sekolah ini juga.

Posted in Uncategorized | Leave a comment