Kemahiran Menangkap

Keupayaan pemain bola baling menangkap setiap bola hantaran rakannya dengan selesa dan selamat merupakan kemahiran asas dalam permainan ini. Prinsip utama dalam melakukan tangkapan dengan berkesan ialah dengan memerhatikan kelajuan bola, melakukan tangkapan yang selamat dan mengawal bola yang baik selepas bola ditangkap.

Kedua-dua tangan hendaklah digunakan oleh setiap pemain semasa membuat tangkapan ini. Pemain juga hendaklah dalam kedudukan relaks selepas bola berada pada tangannya. Keupayaan membuat tangkapan amat bergantung kepada jenis dan cara hantaran yang diterimannya. Kemahiran menangkap bola bersama-sama membuat hantaran merupakan asas yang perlu dimiliki oleh setiap pemain bola baling. Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan oleh pemain. Perkara paling penting ialah setiap tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang dibuat oleh rakan.

Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau hantaran yang tepat dan sempurna. Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan, seseorang pemain mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut:

  1. Penglihatan pemain dan penerima hendaklah fokus pada bola.
  2. Pemain yang akan menerima tangkapan hendaklah merenggangkan kedua-dua belah tangannya dan dihulur ke hadapan dalam kedudukan bersedia untuk menerima hantaran.
  3. Pemain hendaklah memastikan jari kedua-dua belah tangnnya sentiasa terbuka bagi memudahkan mengawal bola, manakala ibu jarinya adalah tetap untuk menahan bola yang ditangkap.
  4. Pemain membawa bola rapat ke dada dalam kedudukan yang selamat. Ini dilakukan sebaik sahaja bola ditangkap.
  5. Pemain beralih kepada kedudukan yang seimbang dan selesa untuk melakukan tindakan seterusnya, seperti membuat hantaran, mennggelecek, membuat jaringan atau pergerakan lain.
  6. Pemain hendaklah memastikan kedudukannya seimbang, sebaik-baiknya dengan meletak sebelah kakinya ke hadapan dan berjarak seluas bahu dengan kaki belakangnya.
  7. Bola yang diterima berada diatas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan jari-jari menunjuk ke atas dengan ibu jari berbentuk ‘w’ di belakang bola. Untuk bola yang berada di bawah pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari. Untuk menangkap bola terlalu rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut membengkok dan tangan terbalik.
  8. Pemain hendaklah mampu menerima sebanrang jenis hantaran daripada rakan umpamanya hantaran yang liar meninggi, rendah, ke sisi dan dalam keadaan statik atau bergerak , dan pada kelajuan yang berbeza-beza.

    Pemain perlu berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi, hantaran rendah dan hantaran sisi sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik. Semua prinsip dalam tangkapan merupakan asas yang perlu diketahui oleh semua pemain sama ada mereka yang baru mempelajari permainan ini mahupun mereka yang sudah lama bermain. Sebagai pemain, anda perlu berlatih dengan betul kerana dalam permainan bola baling, kemahiran menghantar dan menangkap menjadi asas penting yang harus dimiliki oleh setiap pemain. Satu perkara paling sukar untuk pemain-pemain baru ialah keberkesanan mengawal bola sebaik-baik ia tiba di tangan pemain yang membuat tangkapan. Selain daripada dapat mengurangkan kemungkinan kecederaan pada jari, tangkapan bola yang betul dapat mengawal dan mengekalkan penguasaan bola untuk diri pemain dan pasukannya.

 

Kesalahan-kesalahan semasa menangkap dan menghantar bola

1. Memegang bola menggunakan jari dan tidak menggunakan tapak tangan.
2. Tangan yang dihulurkan ke depan berada terlalu rendah dan tidak pula berada terlalu jauh di belakang.
3. Tidak menggunakan pergelangan tangan.
4. Tersalah kaki ke depan semasa membuat hantaran.
5. Menghantar bola terlalu tinggi, keras dan deras.
6. Gangguan dalam corak atau langkah.
7. Genggaman yang tidak kemas.
8. Menggunakan hantaran dan tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi permainan.

 

Kesan daya dan impuls

Daya tidak dapat dilihat atau dirasa. Apa yang dapat diperhatikan ialah kesan daya. Apabila sesuatu daya bertindak ke atas sesuatu objek, kesan ke atas objek itu boleh mengubah saiz, bentuk, keadaan rehat, halaju dan arah gerakan objek itu.

Dalam kemahiran menangkap, bola yang sedang bergerak dengan halaju seragam telah dikenakan daya untuk bergerak. Daya itu tidak dapat dirasa dan dilihat. Tetapi apabila tangan pemain menahan pergerakan bola itu (daya luar), kita dapat melihat halaju pergerakan bola itu perlahan dan seterusnya berhenti. Ini adalah kesan daya.

Mengurangkan kesan daya impuls

Dalam permainan bola baling, bola yang bergerak dengan cepat perlu ditangkap oleh pemain. Jika bola itu dihentikan dengan cepat, daya impuls yang dikenakan ke atas tangan adalah sangat besar dan menyakitkan tangan pemain. Selain menggunakan sarung tangan, pemain boleh menangkap bola itu sambil mengundurkan tangan. Dengan cara ini, masa untuk memberhentikan bola dipanjangkan dan daya impuls akan dikurangkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s