Kemahiran Menggelecek

Menggelecek ialah satu pergerakan melantunkan bola secara berterusan ke tanah dengan hanya menggunakan satu tangan tanpa memegangnya. Kemahiran ini penting bagi membolehkan pemain bergerak dengan membawa bola dari setempat ke setempat. Pergerakan menerusi kemahiran ini adalah lambat dan tidak digalakkan dalam permainan kecuali jika terpaksa atau dalam keadaan terdesak. Meggelecek yang berkesan memerlukan pemain mengawal bola secara rapat dan dapat menolak bola ke arah padang dengan jari terbuka luas. Semasa bergerak dengan pantas , pemain hendaklah menolak bola dengan baik ke depan. Seperti kemahiran lain, mengelecek juga memerlukan latihan.

Dalam melakukan kemahiran ini pemain tidak dibenarkan memegang bola, kerana jika dia sudah memegangnya, bola hendaklah dihantar kepada rakan atau sebarang tindakan selanjutnya. Kemahiran ini juga penting untuk dipelajari. Tujuannya adalah untuk menggerakkan bola, yakni bersama pemain ke tempat atau ruang yang dikehendaki. Walau bagaimanapun pergerakan bola menerusi kemahiran ini juga tidak sesuai kerana lambat. Atas alasan inilah pemain baru tidak digalakkan melakukan kemahiran ini dalam permainan, kecuali pemain itu tidak ada cara lain atau terdesak untuk bertindak sedemikian.

Satu perkara yang harus diberi perhatian dalam melakukan pergerakan mengelecek ini ialah pengawalan bola yang berkesan. Pengawalan bola yang berkesan ialah membawa bola agak rapat kepada pemain. Semasa bergerak dengan pantas, pemain hendaklah menolak bola dengan sempurna ke hadapan sambil mata ditumpukan kepada rakan yang akan dihantarkan bola itu serta pemain-pemain pasukan lawan yang sudah tentu akan cuba membuat hadangan. Dalam melakukan kemahiran ini, pemain hendaklah memastikan bola dapat dikawal dengan baik.

Teknik dalam menggelecek

Teknik dalam melakukan sesuatu kemahiran memerlukan latihan kemahiran yang betul dan teratur, terutamanya pada peringkat awal penglibatan pemain dalam sukan termasuk bola baling ini. Bagi menudahkan perlakuan mengelecek ini, dinyatakan beberapa teknik yang bersesuaian:

a) Pemain hendaklah membengkokkan lutut sekurang-kurangnya pada jarak keluasan 120ยบ dengan kedudukan badan yang kesinambungan terkawal.
b) Pemain hendaklah menyentuh tangannya pada bahagian atas bola, manakala jari sentiasa terbuka.
c) Pemain hendaklah melakkuakn lantunan bola pada jari dan tidak pada tapak tangannya.
d) Pemain menolak bola ke tanah dengan pergelangan tangan sambil lengan dibawa ke bawah sedikit. Badan hendaklah dibengkokkan sedikit.
e) Pemain hendaklah memfokuskan penglihatannya pada hantaran yang akan dibuat dan tidak pada bola.
f) Lantunan bola sebaik-baiknya hendaklah pada aras sederhana, iaitu di antara paras pinggang dengan lutut.
g) Pemain menolak bola ke hadapan sambil bergerak pantas semasa manyambut bola bagi mendapatkan kepantasan mengelecek.

Perkara-perkara penting dalam menggelecek

Bagi memudahkan pemahaman pemain dalam kemahiran menggelcek ini, berikut adalah beberapa perkara penting yang boleh dijadikan panduan:

1. Pemain hendaklah mengelak daripada memandang bola yang dikawal.
2. Pemain hendaklah mengelakkan daripada menggelecek terlalu lama atau terlalu jauh.
3. Pemain hanya boleh melakukan pergerakan menggelecek pada waktu-waktu tertentu dan sesuai sahaja.
4. Pemain boleh menggunakan berbagai jenis-jenis menggelecek untuk mengelirukan lawan dalam usaha mengawal dalam usahanya mengawal bola.
5. Pemain hendaklah mampu menghalang pemain lawan daripada percubaan untuk merampas bola.
6. Pemain hendaklah memastikan ketinggian bola pada aras diantara pingggang dengan lutut.
7. Pemain hendaklah berusaha melawan serta mengawal bola. Tangan yang tidak menyentuh bola hendaklah sentiasa menjadi penghalang kepada pihak lawan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s